fbpx

Hidangan Ikan Siakap Berlado, Pedas Yang Memuaskan. Senang Je Nak Buat Ni.

iCookAsia

Ada sesetengah orang, terutamanya penggemar pedas, kalau lapar pasti makanan yang mereka teringin adalah masakan panas, bersup atau pedas. 

Haa, disini Admin kongsikan satu masakan pedas untuk para ibu masak di rumah. Sangat mudah dan simple. Sekejap je nak buat iaitu Ikan Siakap Berlado. Kalau di luar ni, mahal tau nak dapat makan seekor Ikan Siakap. 

Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Ikan Siakap Berlado ini 🙂

Bahan-Bahan:

Ikan siakap

Bawang merah

Bawang putih

Cili api

Cili merah

Tomato

Daun limau purut 

Garam

Gula

Cara memasak:

1. Potong semua bahan. Kemudian, tumiskan dalam minyak yang sedikit. Goreng sampai semua layu.


2. Selepas itu, tumbuk semua bahan tadi. Tidak digalakkan untuk dikisar sebab nanti tekstur dia tak cantik, kena kasar kasar sikit cantik.


3. Dah tumbuk kasar, masukkan dalam kuali tadi untuk tumiskan. Jadi sambal ini kalau ada lebih boleh korang simpan dalam peti sejuk. Tahan lama sikit. Nak makan tinggal ambil sahaja.


4. Perasakan dengan gula. Boleh juga gunakan gula perang. Gula pasir pun boleh. Tak salah pun.


5. Masukkan daun limau purut. Gaul gaulkan lagi ya. Biar semua mesra.


6. Akhir sekali, masukkan garam. Kuantitinya, ikut selera ya. Kemudian, matikan api.


7. Ikan siakap yang di salut garam dan kunyitkan. Kelarkan rapat rapat biar semua garing. Baru syok nak makan nanti.


8. Goreng dalam minyak yang banyak. Sengaja untuk tak buang sirip dan ekor.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x