Kek Marble adalah antara resepi yang viral pada musim PKP yang pertama. Jika anda pernah dengar, Kek Marble Jelita? Haa, itu versi yang PRO punya. Tetapi kalau anda baru sahaja nak belajar buat Kek Marble ini, dan untuk makan petang di rumah. Boleh ikuti resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Jom cuba!
Terima kasih Maya Love untuk perkongsian resipi Kek Marble ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan butter
1 cawan gula
1/4 susu sejat
4 biji telur
2 sudu serbuk koko
esen vanila
Cara membuat:
- Mix sebati gula, butter dan esen vanilla.
- Masukkan telur satu persatu dan susu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
- Bakar pada suhu 180 selama 30 minit.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Maya Love (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos