Rindu nak jalan-jalan cari makan di Korea? Kali ini kita bawa Korea ke rumah kita. Jom cuba Resipi Japchae. Berkhasiat dah cukup rasa pula tu.
Terima kasih Zurina Zulkefli untuk perkongsian resipi Japchae ini 🙂
Bahan-bahan:
Separuh paket mi kaca
3 sb kicap cair/masin*
3 sb kicap pekat*
2 sb sos tiram*
2 sb minyak bijan*
1 sb gula/gula perang*
1 sk garam*
Pak choi / bayam (rebus dan toskan)
Telur ayam (dimasak dadar)
Lobak merah ( dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam)
Bawang holland (dihiris dan disangai)
Cendawan shiitake/kulat hitam/daging perap kicap (dimasak dan hiris panjang)
Bijan (disangai)
Cara memasak:
1. Rebus mi kaca selama 5 minit sehingga lembut. Angkat dan toskan. Asingkan di tepi.
2. Campurkan kesemua bahan bertanda * dan masak di atas kuali hingga sebati.
3. Tuangkan sos yang dimasak ke atas mi kaca dan gaul sebati.
4. Masukkan campuran sayur, telur ayam, bawang, cendawan shiitake/kulat hitam/daging perap kicap yang telah dimasak. Gaul rata.
5. Tambah biji bijan yang telah disangai.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos