fbpx

Hidangan Sarapan, Nasi Lemak Ikan Tongkol. Memang Nikmat Betul Makan Ni

iCookAsia

Nasi Lemak dan rakyat Malaysia tidak dapat dipisahkan. Dengan ada nya lauk Ikan Aya atau juga dipanggil Ikan Tongkol yang menjadikan hidangan itu bertambah sedap untuk dimakan. Buat untuk sarapan pagi, lagi best. Bertambah makan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Muliadi Ramli perkongsian resipi Nasi Lemak Ikan Tongkol ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Sambal Ikan Aya):

Ikan Aya (5 ketul, dibersihkan dan direbus dengan garam dan asam keping)

1 mangkuk kecil air asam jawa

2 batang serai (Diketuk)

1 atau 2 keping nisang atau gula melaka

2 helai daun pandan

Garam dan gula

Perasa

Minyak untuk menumis

Bahan B (Kisar Halus):

1 biji bawang besar

5 biji bawang merah

3 biji bawang putih

20 tangkai cili kering (Dibuang biji dan rendam air panas)

Belacan

5 biji cili api (Bagi sesiapa yang suka makan pedas)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak. Tumis serai dan daun pandan. Biarkan ia naik bau.
  2. Kemudian, tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan kering.
  3. Apabila kering, tambahkan air dan tumis lagi. Jika kelihatan sudah kering, masukkan air rebusan ikan, nisang dan air asam jawa. Kacau.
  4. Masukkan pula ikan dan kecilkan api. Biarkan kuah mendidih dengan api yang kecil.
  5. Jika kuah sudah pekat, masukkan garam, gula dan perasa. Kacau bagi sebati.
  6. Akhir sekali, apabila kuah sudah betul-betul cantik dan pekat, matikan api. Siap.

Bahan C (Nasi Lemak):

4 cawan beras Basmathi (Direndam selama 40 minit dan ditoskan)

2 biji bawang merah (Dimayang)

2 batang serai (Diketuk)

1 inci halia (Dihiris nipis)

1 kotak kecil santan (Dicampur dengan 1 kotak air dan masukkan garam serta sedikit gula, kacau sebati)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan periuk.
  2. Masukkan beras yang sudah ditoskan dengan semua bahan-bahan di atas dan santan. Kacau rata.
  3. Tambahkan air biasa. Pastikan paras air lebih sikit sahaja dari beras, tutup periuk dan masak macam biasa.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Muliadi Ramli(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x