Sedap kan kalau dapat makan Sup Telur? Rasa segar bila hirup sup tersebut. Admin nak kongsikan satu resepi di Facebook iaitu Sup Telur Chinese Style, ditambah pula dengan crab stick sebagai penambah selera. Memang mantap rasanya ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Zurina Zulkefli perkongsian resipi Sup Telur Chinese Style ini 🙂
Bahan-bahan:
Bawang putih (cincang halus)
Halia (cincang halus)
Kiub pati ayam (tiada MSG)
Filamen ketam (dihiris nipis)
Telur ayam (dibancuh)
Tepung jagung (dibancuh)
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan air di dalam periuk dan masukkan kiub pati ayam, bawang serta halia. Biarkan sehingga mendidih.
- Setelah air rebusan mendidih, isi filamen ketam dan biarkan masak.
- Kemudian, tuangkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sup menjadi pekat.
- Kacau sup secara pusingan dan tuangkan bancuhan telur secara perlahan supaya telur tidak bergumpal.
- Untuk tambahan perasa, tambahkan secubit garam, sesudu kecil cuka, dan sesudu kecil kicap pekat.
- Sedia dihidang dan dimakan bersama daun bawang atau minyak bijan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zurina Zulkefli(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity