fbpx

Hidangan Wajib Cuba, Resepi Daging Masak Kicap. Mudah Dan Sedap!

iCookAsia

Kalau dapat Daging Masak Kicap pun dah best. Memang tak cukup kalau buat sikit sahaja. Hari ini, Admin nak share satu resepi Daging Masak Kicap untuk makan 30 orang. Boleh lah ajak saudara mara join sekali. Confirm puas makan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Adnan Bin Mat Abu perkongsian resipi Daging Masak Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

3 kg Daging lembu (Dipotong dan direbus hingga lembut )

4 inci halia (Dihiris)

8 biji bawang kecil (Dihiris)

8 ulas bawang putih (Dihiris)

4 sekawan

1 kg kentang (Dibelah 4)

3 sudu besar serbuk lada

2 sudu besar lada hitam dikisar kasar

2 sudu besar air asam jawa

3 sudu besar gula

Cili besar merah dan hijau serta bawang besar untuk hiasan

Kicap pekat dan kicap lemak manis secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang putih, bawang kecil dan halia hingga kekuningan.
  2. Masukkan 4 sekawan. Masak seketika dan dimasukkan ubi kentang.
  3. Apabila ubi kentang separuh masak, masukkan serbuk lada yang dibancuh dengan air rebusan daging. Masak selama seminit baru dimasukkan daging. Gaul rata.
  4. Masukkan kicap pekat dan kicap lemak manis. Masak selama 5 minit.
  5. Masukkan gula, air asam jawa dan garam. Masak hingga naik minyak baru dimasukkan lada hitam dan bahan hiasan. Gaul rata.
  6. Akhir sekali, apabila bawang besar hampir layu tutup api. Hidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Adnan Bin Mat Abu(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x