fbpx

Hilangkan Dahaga Dengan Jus Sihat Masam Manis Ini. Rasa Segar, Puas Dan Berkhasiat Untuk Badan Anda.

iCookAsia

Kebiasaannya, kalau pada musim panas, tekak anda mesti teringin air manis yang sejuk kan? Tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan dahaga sebab kandungan gula yang ada dalam hidangan air tersebut. 

Untuk perkongsian resipi kali ini, Admin share dengan anda cara menghilangkan dahaga dan sejukkan tekak dengan cara sihat. Iaitu dengan membuat Jus Sihat. Haa, jom amalkan pemakanan yang sihat! 

Terima kasih Maryam Hussain untuk perkongsian resipi Jus Sihat Masam Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 biji Mangga lemak manis

2 batang lobak merah 

1 biji lemon 

1 gelas fresh milk / air 

Cara penyediaan:
1. Basuh bersih buah buahan. Potong kepada potongan kecil supaya senang untuk dikisar.


2. Perahkan lemon. Blend kesemua buahan buahan bersama fresh milk / air.


3. Jika suka manis, boleh tambahkan madu.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x