fbpx

Hokkaido Baked Cheese Tart Durian. Nak Beli Di Luar Harga Mahal, Jadi Buat Sendiri Di Rumah Lagi Puas.

iCookAsia

Cheese Tart yang melimpah isinya sangat susah untuk jumpa. Kalau ada pun, harga nya agak mahal. Lebih-lebih lagi cheese tart jenis Hokkaido dan juga perisa durian. Disini, seorang suami telah berkongsi kan hasil resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian. Cheese yang banyak dan pasti sedap.

Terima kasih Azizi Zamani untuk perkongsian resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Durian ini 🙂

Bahan membuat Kulit Tart:

100 gm marjerin

30 gm gula kastor

150 gm tepung gandum

1 kuning telur grade B

Cara membuat:

  1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
  5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  6. Bakar pada suhu 180C selama 20 minit.
  7. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.

Bahan membuat Filing Cream Cheese:

250 gm cream cheese

200 gm isi durian

40 gm mentega

1 putih telur

1 sudu kecil esen vanila

1 kuning telur untuk sapuan

120 gm dairy whipping cream

60 gm gula kastor

Cara membuat:


1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
2. Whisk di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.
3. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanila. Kacau rata. Kalau berketul saya kacau pakai mixer hingga licin.


4. Masuk kan ke dalam plastic piping dan fill dalam tart tu. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan selepas itu, sapu kuning telur.

5. Bakar dalam ketukar dengan suhu oven 200°c selama 6 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azizi Zamani (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x