Hidangan sampingan Dimsum ini antara yang popular di antara masakan Cina. Biasa kita akan dapatkan di restoran-restoran Cina. Ada yang mahal, ada yang murah. Jadi, kalau anda tidak berpeluang untuk mencuba hidangan ini, boleh buat sendiri di rumah. Nampak menyelerakan dan sihat!
Terima kasih Norfazida Gda untuk perkongsian resipi Dimsum Kukus ini 🙂
Bahan kulit:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan (dicampur dengan 1 sud besar air panas mendidih)
¼ sudu kecil garam
½ sudu besar minyak masak
Cara membuat:
- Campurkan tepung gandum, tepung ubi, garam dan minyak masak. Gaul sebati. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil digaul sebati. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan.
- Rehatkan doh selama 20 minit.
- Taburkan tepung pada papan pencanai. Canai doh senipis yang boleh. Tekapkan acuan atau penutup balang berbentuk bulat ke atas doh hingga mendapat doh bentuk bulat. Atau boleh bulat-bulatkan doh dah canai satu persatu bentuk bulat.
- Ambil satu doh yang telah dicanai. Letakkan sedikit inti dan kelim dengan kemas mengikut bentuk yang dikehendaki. Buat hingga selesai semua doh.
- Kukus doh dimsum selama 10-15minit.Â
Bahan inti:
300gm daging ayam kisar
Daun bawang (hiris halus)
Sayuran pilihan – cendawan
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit garam
1/4 cawan tepung jagung
Cara membuat: Campurkan semua bahan, gaul hingga sebati. Sedia untuk digunakan sebagai inti dimsum.Â
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norfazida Gda (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos