fbpx

Homemade Sos Charkuey Teow. Wajib Ikut Step By Step, Gerenti Menjadi

iCookAsia

Jelas pemilik resepi, Fatin Nur Izzah, bahan utama yang sangat penting adalah kepala udang dan kulit udang. Kedua-duanya wajib ada, jika tertinggal salah satu, gagallah misi ini.

Bahan :
1 kilo kepala udang dan kulit udang
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih – diketuk

Cara :
1. Rebus kepala dan kulit udang. Masukkan air separas udang sahaja. Rebus sehingga air rebusan bertukar warna.
2. Biarkan sejuk. Kemudian kisar bahan rebusan tadi sehingga halus.
3. Tapis dan ambil air rebusan sahaja.
4. Panaskan api, Campurkan air rebusan tadi dengan bahan lain.
5. Biarkan mendidih dengan api perlahan dalam 30 minit.
6. Siap untuk digunakan.
* untuk tahan lama, simpan di dalam freezer.



Sumber : Fatin Nur Izzah

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x