Mesti ramai yang sukakan Biskut Honey Butter kan? Jadi bolehlah pelbagaikan lagi seleksi kuih raya pada tahun ini. Bahan yang diperlukan juga hanya sekadar bahan asas membuat kuih, tapi cara pembuatannya yang berbeza.
Bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum
4 sudu kecil baking powder
Gula 2 sudu besar (manis ikut suka)
Butter yang sejuk (115gm)
Cara :
1. Satukan tepung gandum, gula, baking powder dan butter. Gaulkan semua sehingga menjadi breadcrumbs.
2. Masukkan 140gm fresh milk dan cuka 2 sudu kecil (campurkan dulu sebelum masukkan dlm tepung). Uli sehingga tidak melekat di tangan.
3. Uli dan sudukan atau scoop di loyang atau bentukkan ikut suka.
4. Bakar suhu 180’c selama 15 minit.
5. Selepas masak, sapukan butter dan honey di atas biskut. Dan bakar lagi 5 minit guna api atas. Selepas itu, sapukan butter di atas biskut supaya nampak berkilat.
Sumber : Nurul Zatul Iffah Zamani