Resepi Sizzling Yee Mee Ayam dan Cendawan ini sangat mudah dibuat, kalau anda rindu nak makan dekat food court, bolehla cuba resipi ini. Lagi puas hati tau sebab boleh tambah dan kurangkan bahan ikut citarasa kita.
Terima kasih Ara Zuharoh untuk perkongsian resipi Sizzling Yee Mee ini 🙂
Bahan-bahan:
1 gulung yee mee
Ayam (dipotong kecil)
2 biji cendawan kering (rendam hingga kembang dan belah 2)
3 tangkai cili kering (potong dlm 1 inci)
1 inci halia (diketuk)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 pokok sawi (siang dan dicelur sekejap)
5 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
3 cawan air (kalau nak kuah banyak letak air lebih)
1 biji telur
1 sb tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
Serbuk lada hitam
Minyak secukupnya
Garam dan perasa
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan masukkan cili kering, halia dan bawang putih. Biarkan sehingga naik baunya.
- Masukkan kicap, sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis lagi dan seterusnya masukkan ayam. Biarkan ayam separuh masak.
- Masukkan air dan gaul sebati, seterusnya masukkan cendawan.
- Seterusnya masukkan air bancuhan tepung jagung dan perasa dengan garam dan serbuk perasa, terpulang pada anda kepekatan kuah.
- Panaskan hot plate, masukkan dahulu kuah tadi dan seterusnya masukkan yee mee.
- Akhir sekali masukkan sawi yang dicelur tadi dan pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.
- Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.
- Taburkan serbuk lada sulah dan boleh lah tambah cili potong utk menambah selera.
*Hidangan ini untuk seorang. Kalau nak buat lebih gandakan bahan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ara Zuharoh (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos