Deretan gerai ikan bakar di Jalan Bellamy merupakan sebuah lokasi ikonik yang menjadi tumpuan peminat tegar ikan bakar pada waktu makan tengah hari.
Kawasan disini agak meriah, dengan udara yang berasap penuh dengan aroma ikan bakar yang lazat. Ia pasti akan membangkitkan selera anda.
Terdapat beberapa gerai disini, gerai pilihan kami adalah gerai no 2 iaitu Ikan Bakar Seri Melaka. Gerai ini menawarkan pelbagai pilihan seperti ikan pari, kembong, cencaru, keli, terubuk, siakap dan juga sotong. Harga bagi ikan bakar dan sotong juga sangat berpatutan iaitu antara RM8 hingga RM35 bergantung kepada saiz.
Beroperasi pada pukul 10.30 pagi hingga 4 petang (kecuali Jumaat) gerai ini terletak di No. 2, Jalan Bellamy, Bukit Petaling, Kuala Lumpur.