fbpx

Ikan Bawal Masak Kicap. Masak Ikan Hingga Garing Diluar, Lembut Didalam. Baru Rasa Sedap!

iCookAsia

Bagi peminat masakan Ikan, pillihan Ikan Bawal ini memang sangat terbaik. Sangat sedap untuk dimasak pelbagai cara. Lebih-lebih lagi, masak 3 Rasa atau Masak Kicap. Tetapi biasanya masakan 3 Rasa ini ramai yang buat dengan Ikan Siakap. Ikan Bawal pula, sedap dengan masakan kicap. 

Masakan Kicap pula, sangat mudah. Buat anda yang baru sahaja nak cuba, boleh ikut resipi dibawah ini tau!

Terima kasih Maryam Hussain untuk perkongsian resipi Ikan Bawal Masak Kicap ini 🙂

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal 

1 biji bawang kecil – dikisar 

2 biji bawang putih – dikisar 

1 inci halia – dikisar 

1 biji bawang holland – dipotong kasar 

2 biji tomato – dibelah 4 

Sedikit daun ketumbar 

Cili besar / cili padi (jika suka pedas) 

Kicap manis

Kicap pekat 

Sos tiram 

Sos ikan 

Cara memasak:


1. Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.


2. Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia.

3. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.


4. Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin.


5. Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Maryam Hussain (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x