fbpx

Ikan Tenggiri Goreng Masak Berempah. Sedapnya Ya Ampun.

iCookAsia

Ikan tenggiri memang sedap walau hanya digorengkan? Tetapi kali ini kami ingin kongsikan satu lagi resipi istimewa yang confirm buat semua terliur. Punya rasa pedas dengan sedikit sentuhan rempah kari, kalau makan mesti bertambah nasi.

Terima kasih Laila Aznam atas perkongsian resipi.

 

Bahan :

Beberapa keping Ikan tenggiri – goreng

Rempah kari ikan (agak-agak)

2 sb Sos tiram

Garam

Kiub ikan bilis – pilihan

Gula

2-3 sb Cili kering kisar

 

Bahan hiris / tumis :

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Daun kari

 

Cara :

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga layu dan naik bau.
  2. Selepas itu masukkan cili kisar dan rempah kari. Tumis sehingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan gaul rata.
  4. Perasakan dengan garam, gula dan kiub ikan bilis. Jika pekat, tambah sedikit air.
  5. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan kacau perlahan.
  6. Biarkan mereneh seketika. Tutup api.
  7. Hidangkan bersama nasi panas, ulam timun jepun, telur asin dan sambal belacan.

Kredit resipi & foto : Laila Aznam

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x