fbpx

Ikut Cara Doktor Muda Ini Uruskan Sayuran Bebas Daripada Racun Dan Serangga. Siap Ada Kebun Untuk Dituai Hasilnya.

iCookAsia

Pengurusan bahan basah seperti sayuran yang dikongsikan doktor muda, Syahr Musafir cukup bermanfaat untuk dipraktikkan, malah ia menjamin kebersihan sayuran yang dimasak dan dihidangkan untuk keluarga.

Jelasnya, semua jenis sayuran yang dibeli akan direndam dengan air garam atau air yang dicampurkan dengan sabun pencuci botol anak-anak ataupun air campuran cuka makanan selama 30 minit sehingga semalaman, bergantung kepada jenis sayuran. Selepas itu, sayuran akan dibilas dan ditoskan sebelum dimasak. Cara ini sebagai inisiatif bagi menghilangkan racun dan serangga yang terdapat pada sayuran atau buah-buahan.

Secara ringkasnya, sayuran yang keras akan direndam dengan air cuka manakala yang lembut hanya menggunakan air garam atau air sabun cuci sayuran. Sebagai contoh, brokoli selalunya akan direndam paling minimum selama satu jam bagi mengeluarkan serangga di dalamnya. Bunga kobis pula direndam selama tiga jam. Kentang pula direndam semalaman jika ingin dimasak bersama kulit.

Sayuran perlu ditoskan dan dikeringkan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti ais. Jangka hayatnya dapat bertahan lebih satu minggu.

Turut dikongsikan ialah gambar akar kangkung yang direndam di dalam air. Inilah cara dia dan isteri ‘berkebun’ di dapur. Kangkung akan dipotong dan bahagian akarnya diambil dan direndam dalam bekas berisi air biasa dan tidak perlu dibaja. Cuma akar kangkung perlu mendapat sinaran matahari dan pastikan airnya tidak kering. Daun baru akan keluar selepas tiga hari. Biasanya akar yang sama boleh digunakan dua hingga tiga kali selepas dituai. Daun baru yang keluar boleh digunakan untuk dimasukkan dalam nasi goreng atau mee goreng. Jimat duit dan bebas racun selain hijau segar mata memandang.

Kulit telur yang digunakan pula boleh disimpan untuk membuat baja tanaman. Caranya kering kulit telur, hancurkan dan taburkan di sekeliling pangkal pokok. Ia menjadi sumber kalsium untuk pokok. Jika diletakkan di pokok bunga mawar, ia menggalakkan pokok berbunga seperti baja bunga. Jadi sudah jimatkan duit untuk membeli baja, hanya gunakan sisa bahan buangan.

Kredit tips & foto : Syahr Musafir

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

 

 

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x