Selalunya suhu ketuhar lain-lain, sebab itu kadang kala resipi yang dikongsi, bila dibuat tidak menjadi. Mungkin terlebih masak, terhangit atau kurang masak, semuanya kerana kita tidak kenal suhu ketuhar sendiri.
Tips yang dikongsikan ini cukup mudah dan sesuai untuk mereka yang tidak dapat rentak oven masing-masing.
“saya nk share tips sikit untk yg baru beli oven baru @ yang x dapat lg rentak oven sndiri..
Sebelum ni oven saya susah nk dapat suhu yg sesuai..kalau mana2 resepi yg ada,mesti tak boleh follow suhu di resepi..kena ikot rentak suhu sendiri..😂
Haritu try oven thermometer..and yes..
Suhu oven saya memang tggi..☺️
Dah ada benda ni,Alhamdulillah..dah boleh ejas suhu sendiri..
Oven brand CORNEL ..
Saya setkan Oven 150°,tapi temperature dlm oven 180° dah..
Yg xdpat lg suhu oven tu,try beli oven thermometer ni..saya beli rm6.90 ja dkat shopee.”
Cara :
1. Masukkan termometr di dalam oven dan setkan masa 15 minit pada suhu 150C.
2. Selepas itu lihat bacaan suhu di thermometer.
3. Jadi selepas ini bolehlah sesuaikan sendiri masa memasak dan suhu bila tahu kepanasan oven.
Sumber : Siti Zaleha Omar