fbpx

Ini Dia Faktor Yang Menjadikan Harga Daging Wagyu Sangat Mahal Di Pasaran

iCookAsia

Untuk pengetahuan anda, permintaan Daging Wagyu sangat tinggi dan menjadi tarikan ramai orang. Namun begitu, Daging Wagyu terkenal dengan harganya yang sangat mahal dan ramai yang tertanya apakah yang telah menjadikan daging Wagyu lebih mahal berbanding dengan harga daging yang lain.

Anda semua mesti nak tahu kan faktor yang menjadikan daging ini antara yang termahal di dunia? Sebelum itu, Admin nak share dengan anda semua mengenai daging Wagyu ni.

Apa Itu Daging Wagyu?

Wagyu merupakan satu baka lembu di Jepun, di mana “Wa” membawa maksud Jepun dan”Gyu” bermaksud lembu. Bukan itu sahaja, lembu Wagyu ini digunakan dalam bidang pertanian dan juga terkenal dengan ketahanan fizikal nya pada zaman dahulu.

Salah seorang pengguna Facebook telah berkongsi mengenai faktor yang menjadikan daging Wagyu ini mahal iaitu dari segi cara penternakannya.

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Cara Penternakan?

Kalau anda semua nak tahu, cara penternakan baka lembu ini sangat berbeza dengan baka-baka yang ada di sana. Ia dikatakan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan label wagyu yang diinginkan untuk setiap marbling akan berbeza lembu.

Bukan itu sahaja, anak-anak lembu ini diberi susu formula dan juga dipakaikan jaket dan diselimutkan ketika cuaca sejuk. Ketika usia mereka mencecah 7 bulan, mereka akan dijual di ladang bagi proses kegemukkan

Kemudian, apabila mereka sudah berada di ladang anak-anak wagyu ini  akan diletakkan di dalam kandang dan dinamakan.

Setiap lembu diberi sijil lahir yang membolehkan kita melihat baka mana,asal usul dan dibesarkan di kandang mana.

Makanan yang diberikan adalah serat yang bermutu tinggi dan makanan diperbuat dari beras, gandum dan jerami sebanyak tiga kali sehari  sehingga mencapai berat 700kg.

Selain itu, bagi mengelakkan peredaran darah yang baik serta mengurangkan tekanan pada wagyu, bulu-bulu mereka disikat dengan sikat yang keras

Jadi, kesimpulannya di sini, wajarlah daging Wagyu ini mempunyai harga yang sangat mahal berbanding daging yang lain kerana proses penternakannya yang memerlukan kaedah-kaedah yang luar biasa dan rumit.

Kredit informasi dan gambar: Mohammad Amirul Hafis Azenan(Facebook), GuruNavi(Website)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x