Walaupun antara menu diet, namun apa yang pasti ia cukup menyelerakan. Adunan bahan yang segar dengan rasa salmon, asyikkk (bak kata Susanti Upin Ipin).
Nak pastikan anda gunakan minyak Kanola ADELA bagi menyempurnakan hidangan, elakkan guna minyak masak ya. Ini kerana minyak Kanola ADELA mempunya bau yang berbeza dan mampu meningkatkan rasa hidangan terutamanya salad.
Minyak Kanola ADELA mempunyai sumber vitamin A dan vitamin K yang sangat penting untuk tubuh sihat.
Malah ia mempunyai kandungan lemak rendah berbanding jenis minyak yang lain. Minyak ini amat disyorkan buat pesakit jantung kerana mengurangkan risiko stroke.
Bahan :
1 nos salmon fillet 200-300gm – dipotong dadu
1 sudu besar Dijon mustard (dibahagi 2)
1 sudu besar kecil parlsey cincang,
1/2 sudu kecil garam
Lada hitam kasar untuk perasa
½ biji bawang merah cincang
2 sudu besar minyak kanola ADELA
2 sudu kecil cuka apple cider atau 2 sudu besar jus lemon
½ sudu kecil bawang putih cincang
1 cup tomato cherry – yang dipotong 2
2 avocado, didadu (saiz kecil)
2 biji romaine lettuce (baby romaine) dipotong kasar
1/3 kobis merah – di mayang
1 biji mangga masak – di potong dadu (saiz sederhana)
1/4 biji cili merah – di cincang
1 paket smoked salmon – *untuk hiasan
150ml minyak kanola ADELA
Cara :
1. Perasakan salmon yang telah didadu dengan sedikit minyak, separuh Dijon, parsley, garam dan lada hitam. Bakar di dalam ketuhar selama 6-7 minit sampai masak.
2. Satukan bawang merah cincang dengan minyak canola ADELA, 1 ½ cuka apple cider,separuh lagi Dijon mustard, bawang putih cincang, parsley, garam, lada sulah dan cili cincang. Biarkan selama 5 minit untuk bahan sebati.
3. Satukan tomato yang sudah di potong, avocado yang sudah di dadu dan salmon yang telah dibakar.
4. Bila sedia untuk dihidang, satukan lettuce kobis dan mangga dengan dressing dan hidang mengikut citarasa anda.
Nak beli barang dapur? Jom shopping di: https://shop.icookasia.com/