Kuih Peneram ini memang sedap sangat jika dimakan panas-panas kan. Resipi perkongsian Rusfaniza Abu Yazid ini menghasilkan penderam yang cukup gebu dan lembut.
Bahan :
1 kg Tepung beras cap Teratai
250 gm Gula merah
1/2 kg / 3 cawan Gula putih
3 cawan Santan
1/2 sk Garam
Cara :
- Masak gula merah, santan dan gula putih sehingga mendidih dan keluar buih.
- Terus tuangkan sewaktu panas ke dalam tepung dan letakkan garam. Kacau sehingga sebati.
- Perap doh sehingga sejuk lebih kurang empat jam.
- Selepas sejuk, doh akan menjadi agak keras, jadi uli dahulu sebelum dicanai.
- Tekap dengan menggunakan tepung jagung dan goreng dengan minyak yang betul-betul panas.
Kredit resipi & foto : Rusfaniza Abu Yazid
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/