Hidangan Ayam Ungkep ini asalnya resepi tradisi orang Jawa. Rasanya lebih kurang seperti Rendang. Kalau anda sudah biasa dengan memasak menu Rendang, pasti hidangan Ayam Ungkep ini senang sahaja untuk anda masak. Yang bukan dari keturunan Jawa pun boleh cuba.
Terima kasih madam_musfirah untuk perkongsian resipi Ayam Ungkep ini 🙂
Bahan-bahan:
7 ketul ayam
Sesudu besar biji ketumbar
6 batang cili
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Kunyit hidup
2 batang serai di ketuk
Air asam jawa
Garam
Serbuk kunyit
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
- Basahkan biji ketumbar supaya senang nak tumbuk.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan cili api.
- Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing. Masukkan serai.
- Goreng lagi hingga semuanya garing.
- Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut.
- Masukkan air asam jawa.
- Masukkan garam dan serbuk kunyit.
- Masukkan air sikit. Dan masak sampai kering.
Nota:
- Lagi sedap kalau bahan-bahan di tumbuk bukannya dikisar.
- Lebihkan biji ketumbar untuk lebih sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: madam_musfirah (Instagram)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/