Bahan dalam Crabstick atau jejari ketam ini kita sedia maklum bukanlah betul-betul Ketam. Ianya adalah daripada Udang. Tetapi, masih ramai yang beli dan dimakan goreng begitu sahaja atau dimasukkan ke dalam masakan. Tetapi, berlainan pada seorang pengguna Facebook ini. Dimana beliau membuat Crabstick ini versi keropok.
Senang je caranya. Perisanya pula boleh pilih ikut anda sendiri nak guna apa. Lagi bertambah mudah, beliau menggunakan Air Fryer untuk membuat resipi ini. Lagilah bertambah sihat, sebab ianya tanpa menggunakan minyak.
Terima kasih Izzatdin Ismail untuk perkongsian resipi Keropok Crabstick ini 🙂
Bahan-bahannya:
Crab stick
Seasoning
Cara penyediaan:
- Cerai-ceraikan crabstick.
- Kemudian, masukkan ke dalam Air Fryer. Set masa selama 8-10 minit, dan suhu pada 180-200°c.
- Apabila sudah siap, taburkan serbuk perasa/ seasoning.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Izzatdin Ismail (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/