Selalu jika biskut dibiarkan terlalu lama dalam balang atau tin, masalah utama yang akan dihadapi ialah lemau. Jadi pilihan yang ada hanyalah buang ke dalam tong sampah.
Selepas ini, tidak perlu risau lagi kalau biskut sudah tidak rangup atau masuk angin. Gunakan air fryer untuk kembalikan kerangupan dan baunya sewaktu membakar, harum semerbak.
Namun jangan risau jika tiada Air Fryer, boleh juga gunakan ketuhar.
Cara :
- Tetapkan suhu pada 140C dan bakar biskut selama tiga minit.
- Biskut akan kembali rangup dan bau harum semerbak seperti baru keluar daripada kilang biskut.
- Apa sahaja bahan yang digoreng, jika lemau dan sejuk, masukkan sahaja ke dalam Air Fryer dan bakar kembali ikut kesesuaian makanan. Jadi tak adalah membazir kan?
Sumber : Siti Aminah Hj Ramli