fbpx

Jangan Buang Roti Yang Dah Expired, Buat Je Stok Biskut Roti Marjerin Gula Ni. Jimat!

iCookAsia

Bila beli Roti yang banyak, ingat boleh habis cepat. Tapi ada yang tak sempat habis, dah sampai tarikh luput Roti tersebut. Nak buang sayang, banyak lagi. Nak buat hidangan seperti cucur atau puding roti dah bosan. 

Jom Admin cadangkan untuk anda buat satu hidangan yang sangat mudah dan basic je resepi ni. Tapi sangat sedap bila dicicah dengan Teh ‘O pada waktu petang. Paling best, boleh simpan lama. Jadi tak membazir dah. 

Terima kasih Tg Khuzanika untuk perkongsian resipi Biskut Roti Marjerin Gula ini 🙂

Bahan-bahan:

Marjerin

Roti

Gula

Cara penyediaan:

  1. Sapu marjerin pada roti. 
  2. Kemudian, tabur gula pada atas roti. 
  3. Seterusnya, potong 4 roti. 
  4. Akhir sekali, bakar pada suhu 150 selama 10 minit. Selepas itu, turunkan suhu pada 120 selama 20 minit atau sehingga garing. 

*ikut suhu oven masing-masing, asalkan masak biar hingga betul betul garing.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Tg Khuzanika (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x