Selalunya kalau santan dah bagi atau dah berbau tahi minyak, memang tak boleh dibuat masak. Ada yang terus buang. Membazir kan? Selepas ini, kitar semula santan menjadi minyak kelapa untuk rawat masalah ekzema dan untuk rawatan kecantikan.
Gunakan lapisan pekat santan tersebut untuk mencantikkan dan lembabkan kulit. Tetapi hanya santan segar yang boleh digunakan untuk membuat Minyak Kelapa ya, bukan santan kotak yang sudah diawet.
“JANGAN BUANG SANTAN BILA DAH BASI. DALAM LAPISAN ITU BOLEH CANTIK KAN KORANG PUNYA KULIT BERSERI TIME NAK RAYA NI.
Musim PKP dan bulan puasa ramai buat kuih dan desert. Sama dengan kak hanie. Buat kuih muih untuk makan berbuka. Kebanyakan kuih Tradisional banyak guna santan segar. Betul kan. Bila dah beli banyak ada yang tak terguna. So basi la keesokan nya. Rasa sayang je dah basi.
Akak jenis tak kesah kalau santan ni terbiar dan berlapis. Maksudnya,Santan ni dah basi dan tak boleh gunakan lagi akak lagi suka. Ehhh suka pulak. Kenapa pulak tu.
Meh akak nak share Santan basi ni boleh hasilkan minyak kelapa untuk cantik kan kulit. Sempat lagi nak Raya 3 hari ni. Flawless dan licin je. Dulu masa kak hanie Dan kembar ekzema tahap teruk. Santan ni la selalu oder dekat shariah. Dia pun dah tau kalau ada santan tak guna terus je bagi. Sebab Santan basi tu ada lapisan minyak yang boleh jadikan kulit cantik.
Dia boleh lembabkan kulit kita. Korang pergi la beli minyak kelapa Dara memahal Kat luar. Buat sendiri lagi jimat. Setiap gambar ni akak story macam mana nak buat minyak kelapa dara.
❌❌Penting!!!!!
Hanya penggunaan Santan tanpa bahan pengawet dia menjadi. Kalau campur bahan pengawet memang tak menjadi minyak kelapa dara. Please share benda yang manfaat supaya ramai ibubapa boleh buat sendiri untuk kulit anak sensitif.”
Ini santan yang dah basi. Tinggal di suhu bilik dan tak sempat masuk dalam beku. Ada 3 lapisan dalam bungkusan, bawah ialah lapisan air, tengah merupakan minyak bercampur lapisan lemak santan. Cara nak pindahkan ke dalam bekas lain, guntingkan hujung plastik untuk membuang lapisan air. Lubangkan kecil sahaja, jika potong besar air akan keluar laju air. Apabila air sudah tinggal sedikit, terus pindahkan aliran lapisan minyak itu ke dalam bekas pula.
Tunggu beberapa minit agar lapisan ni menjadi dua pula.
Pastikan jadi lapisan macam ini. Atas adalah lapisan minyak. Bawah ialah lapisan lemak santan basi. Dia mendap ke bawah.
Setelah beberapa minit, tapis minyak ke dalam bekas lain pula.
Tapis dengan perlahan supaya minyak tidak bercampur dengan lapisan di bawah.
Inilah hasil selepas ditapis. Cantik dan wangi semerbak bau minyak kelapa.
Terus botolkan. Dalam sekilo santan akan dapat dua botol kecil. Dekat pasaran sebotol kecil mencecah puluhan ringgit. Boleh sapukan pada muka, tangan, kaki atau kulit sensitif. Selain kulit, minyak ini boleh dilumurkan pada rambut anak. Lebat nanti. Jika punya kulit yang sensitive, cuba sedikit dahulu bimbang tak serasi.
Sumber : Syahirah Hanie