Ada yang belum pernah cuba buat atau makan Kuih Tepung Gomak ini? Kuih tradisional ni dah jarang jumpa. Kebiasaan di hidang pada waktu berbuka puasa. Kuih yang rasanya kenyal dan intinya manis memang sesuai sangat dijadikan sebagai pencuci mulut.
Jom cuba!
Terima kasih Indah Nur Irdina untuk perkongsian resipi Tepung Gomak ini 🙂
Bahan Inti:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung gandum – dibancuh dengan sedikit air
2 helai daun pandan – disimpul
Caranya:
- Masak gula merah, gula pasir bersama air sehingga larut kemudian tapiskan.
- Masukkan kelapa parut. Masak hingga hampir kering kemudian masukkan bancuhan tepung gandum.
- Masak inti guna api perlahan dan kacau rata sehingga intinya sedikit lembab. Angkat dan sejukkan.
Bahan-bahan lain:
Tepung kacang hijau
Caranya: Dalam kuali berasingan, sangai tepung kacang hijau dan ayak, ketepikan. Bahan ini untuk salut kuih/ boleh beli di kedai bakeri
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 cawan santan
Cara membuat:
- Satukan tepung pulut dan tepung gandum, gaul rata.
- Masukkan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan tekstur doh tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.
- Kemudian didihkan air dalam periuk.
- Ambil sedikit doh masukkan inti secukupnya dan bulatkan.
- Masukkan doh ke dalam periuk berisi air mendidih tadi. Rebus hingga doh timbul, angkat doh dan toskan.
- Sediakan tepung kacang hijau dalam bekas lain untuk proses menyalut kuih.
- Kemudian golekkan dalam bekas berisi tepung kacang hijau tadi sambil tekan perlahan lahan supaya doh jadi leper.
- Lakukan hingga adunan habis, sedia untuk dinikmati.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Indah Nur Irdina (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos