fbpx

Jejaka Ini Kongsikan Resepi Ayam Masak Kung Pao Cara Tersendiri. Wow, Sedap Hingga Menjilat Jari!

iCookAsia

Kung Pao Ini antara makanan yang sangat sihat dan ia berasal daripada negara China. Campuran ayam bersaiz kiub atau popcorn, kacang dan juga sayur sayuran seperti lada benggala. Enak dan sesuai dimakan bersama nasi putih panas panas. 

Buat seorang pengguna Facebook ini, hasil resipi ini dikatakan versi yang tersendiri. Juga, kepedasan Kung Pao ini bergantung pada tahap kepedasan masing-masing. Kalau anda pencinta makanan pedas dan mahukan pedas boleh tambah cili padi lagi, ikut suka. 

Terima kasih Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor untuk perkongsian resipi Ayam Masak Kung Pao ini 🙂

Bahan-bahan:

Isi ayam

Tepung jagung

Blackpepper

Garam secukupnya

Bawang putih

Halia

Lada kering (digunting-gunting)

Lada benggala

Bawang holland

Sos tiram

Kicap manis

Sos cili

Gajus 

Daun bawang

Cara membuat:

  1. Isi ayam disalut bersama tepung jagung, black pepper, garam dan sedikit air. Goreng dan selepas goreng letak tepi dahulu.
  2. Tumis bawang putih, halia, lada kering. Apabila sudah naik wangi, masukkan lada benggala, bawang holland, sos tiram, kicap manis, cili sos dan sedikit bancuhan air dan tepung jagung. Biarkan seketika.
  3. Masukkan ayam goreng tadi, gajus dan daun bawang. Gaul rata dan siap untuk dihidang!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x