fbpx

Jemu Makan Ubi Rebus? Cuba Ubi Kukus Pula!

iCookAsia

Selalu kita dengar ubi rebus kan? Kali ini Admin nak kongsikan resepi ubi kukus pula. Bagi peminat ubi, kena tengok tau resepi ini. 

Jom kita try.

Terima kasih untuk Sepi Hatiku atas perkongsian resipi Ubi Kukus ini 😊


Bahan-bahan:
1/2 kg ubi kayu (dikupas dan diparut)
100g gula
130ml santan
1 bungkus agar-agar
1/4 sdt garam
Pewarna ikut suka
Taburan: kelapa parut yang telah dikukus bersama garam

Cara-cara:
1. Campurkan ubi kayu, gula, kelapa parut, agar-agar dan garam. Tuangkan santan sedikit demi sedikit (jangan cair sangat sebab ubi kayu mengandungi air)
2. Bahagikan kepada 2 atau 3 bahagian kemudian titiskan warna pilihan. Oleskan acuan atau loyang dengan minyak masak.
3. Kalau buat 2-3 warna, kukus lapisan pertama dan kedua selama 7 minit dan lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit hingga masak. Angkat dan sejukkan selama 40 minit – 1jam.


4. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan/loyang. Golek ke dalam kelapa parut yang telah dikukus bersama garam. Sedia untuk dihidang.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay!

Kredit resipi dan gambar: Sepi Hatiku (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x