fbpx

Jom Belajar Masak 3 Hidangan Sayur Ini Dengan Cara Yang Lebih Lazat Dan Mudah.

iCookAsia

Ramai yang sudah terdedah dengan khasiat dan kelebihan yang ada di dalam sayur-sayuran, tetapi masih tidak mahu dan takut untuk mencubanya. Selain rasanya yang unik, warnanya yang seakan sama juga salah satu faktor ramai yang tidak tertarik. Namun begitu masih ada cara untuk menarik minat golongan ini untuk mencuba makan sayur-sayuran.

Tahun lepas, Rasa Sifu™️ telah mengadakan Kelas Memasak Secara Online “Menu Sayur Kubis” yang mendapat perhatian orang ramai. Kelas ini diadakan untuk membantu ibu-ibu di rumah mencuba masak menu sayur-sayuran untuk seisi keluarga.

Kepada anda yang tidak dapat mengikuti Kelas Memasak Rasa Sifu™️ yang lalu, jangan berduka. Kelas ini akan kembali lagi pada 15 Januari 2022. Kelas ini diadakan secara online di ZOOM bagi mempromosikan produk terbaharu Rasa Sifu™️.

Sebelum ini, para peserta berpeluang untuk mempelajari cara memasak sebanyak 3 hidangan dengan menggunakan perasa Rasa Sifu™️, yang diperkaya dengan kemanisan tiram dan aroma sedap. Kelas memasak online kali ini membawa resipi yang istimewa seperti sayur Kubis Sambal, Kubis Sumbat Telur dan Eggy Kubis Goreng dengan lebih lazat dan mudah.

Jangan risau Kelas ini percuma untuk semua peserta !

Lebih menarik lagi, peserta yang menyertai Kelas kali ini berpeluang membawa pulang Limited Edition “door gift” bagi 200 peserta yang bertuah. Jangan lepaskan peluang anda kali ini untuk belajar cara memasak sayur Kubis Sambal, Kubis Sumbat Telur, Eggy Kubis Goreng dan pelajari tips – tips menarik dari Chef Azreen bersama produk Rasa Sifu™️.

Ayuh daftar sekarang. Klik sini: https://bit.ly/classrs2 .

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x