fbpx

Jom belajar Masak Dua Hidangan Lunch Yang Mudah Dan Menyelerakan secara PERCUMA

iCookAsia

Mesti ada antara anda semua yang pening dalam memikirkan menu mudah dan sedap untuk makan tengahari kan? Biasanya, ada yang fikir bahawa untuk menikmati menu yang sedap, persediaan nak memasak tu renyah dan memerlukan skill memasak yang tinggi. Tambahan pula, masa yang diperlukan untuk memasak juga lama. Betul ke? Jawapan kami adalah tidak semestinya! Terdapat menu-menu yang sedap tetapi tidak memerlukan penyediaan yang renyah, masa yang lama dan skill yang tinggi untuk disediakan.

Kalau anda semua nak tahu, sebelum ini Sedapedia telah mengadakan satu Kelas Memasak “Sarapan” Online di mana dua resepi yang mudah dan ringkas telah diajarkan.

Tak sempat join kelas sebelum ini? Jangan risau, kali ini, Sedapedia sekali lagi akan mengadakan kelas memasak Percuma. Apa yang berbeza untuk kelas kali ini adalah tema nya. Kali ini Sedapedia akan membawakan tema makan tengah hari. Kami akan mengajarkan 2 menu special makan tengah hari khas untuk membantu para beginner di luar sana bagi memudahkan mereka memilih menu yang mudah dan menyelerakan.

Menu apa tu ya? Ha, seperti yang anda boleh lihat di poster, Sedapedia akan berkongsi cara menyiapkan hidangan Nasi Ayam & Sambal tumis sotong. Paling penting, kelas ini PERCUMA sahaja untuk semua peserta yang hendak join! Menarik kan? 

Kelas ini akan menampilkan Chef Azreen. Semasa kelas berlangsung anda boleh menanyakan apa-apa soalan dan mempelajari pelbagai tips daripada beliau.

Bukan itu sahaja tau, bagi 100 peserta terawal (tertakluk terma & syarat) yang menyertai Kelas Memasak “Lunch” Online ini, anda akan menerima Resepi kad (edisi khas) secara PERCUMA! Ehh, ada lagi, buat peserta yang join sehingga hujung kelas, kami akan share kan satu aktiviti khas dimana pemenang akan menerima Kuali daripada TEFAL! Jadi jangan lepaskan peluang anda. 

Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang. Klik di sini https://bit.ly/icasedc2

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x