fbpx

Jom Buat Acar Timun, Sedap Tau Dimakan Dengan Nasi Minyak

iCookAsia

Tak lengkap nasi minyak tanpa acar timun kan? Bukan itu sahaja, acar timun makan dengan nasi dan ikan goreng pun sedap juga. Memang puas hati tau rasanya. 

Jom try.

Terima kasih Ena Linda untuk perkongsian resipi Acar Timun ini 🙂

Bahan- bahan:
Bawang merah (Kisar)
Bawang putih (Kisar)
Halia (Kisar)
Cili boh
Timun
Carrot
Bawang besar (Potong 4)
Cili besar (Potong serong)
Cuka sikit

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bahan kisar.
  2. Masukkan cili boh dan biar pecah minyak. 
  3. Seterusnya, masukkan air dan cuka sikit. Biarkan ia mendidih.
  4. Akhir sekali, perasakan dan masukkan timun, carrot dan bawang besar serta cili merah. Nak tambah tomato pun boleh.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ena Linda(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x