fbpx

Jom Buat Air Asam Kerisik, Gerenti Sedap Dicicah Dengan Daging Rebus Ni

iCookAsia

Kalau ada Air Asam Kerisik mesti best kan? Dapat pula cicah dengan daging rebus, memang padu rasa nya. Admin ikut terliur sekali ni. Nak cicah dengan makanan lain pun boleh tau mengikut selera masing-masing

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ila Mokhtar perkongsian resipi Air Asam Kerisik ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Tomato

Bawang besar

Cili merah

Kerisik

Gula

Sedikit sos cili

(Satukan bahan-bahan di atas)

Bahan B:

Cili api

Garam kasar

Belacan (ditumbuk)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan cili api, garam kasar dan belacan yang telah ditumbuk. Cili api terpulang mengikut rasa kepedasan yang diinginkan.
  2. Kemudian, masukkan  air asam jawa.
  3. Gaulkan kesemua bahan sehingga air tomato keluar dan sebati dengan bahan-bahan lain.
  4. Jika sudah ada rasa yang kick dan power, boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ila Mokhtar(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x