fbpx

Jom Buat Air Tangan Che Nom, Resepi Kari Ikan Bawal. Memang Padu Rasanya

iCookAsia

Selalu makan Ikan Bawal Goreng, kali ini Admin nak kongsikan resepi Che Nom tapi Kari Ikan Bawal. Dengar pun dah tahu sedap. Mana tidaknya, air tangan Che Nom kan. Pekena pula dengan nasi panas dan sayur goreng. Mantap rasanya.

Terima kasih Che Nom untuk perkongsian resipi Kari Ikan Bawal ini ๐Ÿ™‚

Bahan- bahan:

Bahan A (Bancuhan Rempah):

2 sudu besar serbuk kari ikan

1 sudu besar serbuk cili

Bahan B:

Ikan bawal

3 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1 batang kayu manis

1 sudu kecil kalba campur

2 kuntum bunga lawang

1 tangkai daun kari

Air asam jawa

1 mangkuk santan

2 biji tomato

Bendi

Cili merah

Garamย 

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan serbuk kari ikan dan serbuk cili dalam satu mangkuk. Bancuhkan dengan sedikit air.
  2. Panaskan minyak. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
  3. Masukkan pula kayu manis, kalba campur dan bunga lawang.
  4. Masukkan daun kari dan gaulkan semua bahan tadi.
  5. Kemudian, masukkan bancuhan rempah tadi dan gaulkan ia.
  6. Masukkan air asam jawa dan masak hingga pecah minyak
  7. Paling penting, masukkan ikan bawal dan tutup sekejap.
  8. Seterusnya, masukkan 1 mangkuk santan.
  9. Jika nampak sudah sedikit menggelegak, masukkan sedikit air dan kacau perlahan. Tutup sekejap.
  10. Masukkan tomato, bendi dan cili merah. Siap untuk dihidangkan.
  11. Masukkan pula garam dan tutup.

Selamat mencuba!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! ๐Ÿ˜‰

Kredit resipi dan gambar: Che Nom(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x