fbpx

Jom Buat Ayam Bakar, Simple Tapi Mesti Puas Hati Bila Dapat Makan

iCookAsia

Dapat makan Ayam Bakar dengan nasi panas pun nikmat juga. Dengan rasa bakar yang sedap dan padu itu, memang tak cukup makan sikit sahaja. Nak buat pun mudah sahaja, hanya dengan menggunakan bahan yang senang untuk didapati.

Terima kasih Wani Sulinan untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Bakar ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

Ayam (Dipotong 16)

Bahan B:

6 biji bawang merah kecil

6 ulas bawang putih

3 inci halia

15 batang serai

2 sudu besar cili boh

Sedikit serbuk kunyit

Garam, gula dan serbuk perasa (Lebihkan gula untuk rasa yang sedap)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kisarkan kesemua bahan B di atas.
  2. Kemudian, perapkan kesemua bahan kisar dengan ayam selama satu malam.
  3. Akhir sekali, bakar ayam yang telah diperap. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Wani Sulinan(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x