Mesti ramai kan yang suka makan 4Fingers? Mana tidaknya, ayam di restoran tersebut sangat sedap dan terasa juicy nya. Bukan itu sahaja, memang puas hati portion yang diberikan. Tapi kalau dapat buat sendiri lagi puas hati tau. Dapat makan banyak pula tu.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Arika Zirana Salasiah perkongsian resipi Ayam Korea Ala 4 Fingers ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
Bawang putih
Lada hitam
Telur
Garam
Cukup rasa
Tepung ubi kayu
Cara membuat:
- Mula-mula, untuk bahan perapan, tumbuk bawang putih dan lada hitam. Gaulkan bersama garam dan cukup rasa. Taknak guna pun tidak apa. Perapkan ayam dalam 15 minit. Kuantiti bahan boleh agak sahaja mengikut banyak ayam.
- Jika sudah siap perapan, pecahkan telur sebiji dan gaul rata. Tujuan letak telur adalah untuk tambah lekatan pada tepung salut dan tambahkan moisture ayam.
- Kemudian, bedakkan ayam tersebut dengan tepung ubi kayu hingga sebati.
- Ini adalah hasil selepas dibedak dan disaluti tepung.
- Seterusnya, gunakan teknik double fry, guna minyak penuh. Untuk gorengan yang pertama, guna api sederhana dan tutup kuali supaya ayam keep moist, buat sehingga ayam masak. pastikan isi dalam ayam masak.
- Selepas itu, angkat dan besarkan api. Goreng sekali lagi sehingga ayam berwarna keperangan dan kulit ayam seperti keras. Angkat dan toskan minyak.
Bahan B (Untuk Sos Salutan):
Minyak bijan
Gula merah
Bawang putih (cincang)
Sos korea Adabi
Cuka epal
Madu
Cara membuat:
- Mula-mula, kalau tidak suka pedas, tidak perlu letak sos adabi.
- Panaskan minyak bijan dan tumiskan bawang putih cincang hingga naik bau. Api sederhana sahaja.
- Masukkan cuka epal, madu dan gula merah. Kalau nak pedas, boleh tambah sos korea adabi. Masak sehingga kelihatan berbuih. Sekejap sahaa supaya tidak hangit.
- Letakkan ayam goreng tadi dan gaul rata. Tutup api dan boleh dihidangkan.
- Akhir sekali, taburkan bijan yang sudah disangai.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Arika Zirana Salasiah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity