fbpx

Jom Buat Ayam Masak Kicap, Tambah Kentang Sekali. Lain Macam Sedap Dia

iCookAsia

Makan setiap hari pun tak bosan lauk ni. Simple tapi rasa dia penuh syahdu, sedap sangat. Jom try resepi perkongsian seorang wanita di Facebook. Rugi tau tak cuba, ada pula kentang dan tomato dalam hidangan ni. Lagi padu!

Jom try.

Terima kasih Azizah Daud untuk perkongsian resipi Resepi Ayam Masak Kicap ini 🙂

Bahan- bahan:

1 ekor ayam (buang kulit potong ikut suka gaul dengan garam, kunyit, halia tumbuk goreng toskan)

Bahan untuk menumis:

1 batang kulit kayu manis

2 biji buah pelaga

2 kuntum bunga lawang

2 kuntum bunga cengkih

3 labu bawang merah besar (kisar)

4 ulas bawang putih (kisar)

1 cm halia (kisar)

Bahan:

2 sudu besar cili kisar

1 sudu kecil serbuk jintan manis

1 sudu kecil jintan putih

2 tangkai daun kari (Optional)

1 biji bawang holland (potong bulat, boleh ganti dengan kentang dan tomato)

2 biji cili merah 

2 biji cili hijau

Kicap, sos tiram dan sos cili secukup rasa

Cara membuat:

  1. Mula-mula, kuali yang lebih goreng ayam tadi simpan sedikit minyak kalau banyak.  
  2. Panaskan minyak dan tumis 4 sekawan tadi dan bahan dikisar serta cili blend. Kacau hingga naik bau garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan serbuk jintan putih dan jintan manis. 
  4. Masuk sedikit air kalau ingin berkuah dan masuk kentang, garam, gula, serbuk perasa, kicap, sos tiram dan sos cili. 
  5. Jika sudah mendidih dan secukup rasa, masukkan ayam dan bawang besar holland, cili besar dan daun kari. Kalau nak gelap masukkan kicap lebih sikit. Boleh masukkan tomato dan kentang tadi. 
  6. Akhir sekali, kacau rata biar mendidih sekejap. Boleh tutup api.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azizah Daud(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x