fbpx

Jom Buat Basque Burnt Cheesecake, Perfect Untuk Dibuat Makan Petang

iCookAsia

Dapat buat Burnt Cheesecake pun sedap juga kan? Digandingkan pula dengan secawan kopi dan makan bersama keluarga pada waktu petang. Bukan itu sahaja, ini antara dessert yang menjadi kegemaran ramai. Buat sendiri lagi best.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Farhana Farihin perkongsian resipi Basque Burnt Cheesecake ini 🙂

Bahan-bahan:

500 g cream cheese

150 g gula halus atau gula castor

1 biji kuning telur

4 biji telur

250 ml whipping cream (Boleh guna anchor)

1 sudu kecil esen vanila

3 sudu besar tepung kek (diayak )

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaul cream cheese bersama gula, pastikan cream cheese bersuhu bilik kerana senang untuk digaul nanti.
  2. Masukkan kuning telur dan gaul sebati.
  3. Kemudian, masukkan 4 biji telur satu persatu dan gaul sebati, jangan pukul terlalu kuat.
  4. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
  5. Masukkan whipping cream dan gaul sebati.
  6. Seterusnya, masukkan 3 sudu tepung kek dan kaup adunan perlahan-lahan.
  7. Sediakan loyang bersaiz 8 inci keliling tinggi 3 inci yang dialaskan bersama kertas minyak.
  8. Bakar adunan dalam oven dan pemanasan atas bawah dengan suhu 200 selama 60 minit.
  9. Akhir sekali, selepas 60 minit, buka pintu oven dan biarkan kek sejuk seketika. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Farhana Farihin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x