fbpx

Jom Buat Bihun Cakar Madu Dengan Cara Yang Sangat Mudah. Manis Dan Rangup Rasanya

iCookAsia

Siapa pernah dengar akan resepi Bihun Cakar Madu? Admin nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah untuk sediakan menu ini. Mesti anak-anak di rumah suka dengan rasanya yang manis dan rangup.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Ida Zaida perkongsian resipi Bihun Cakar Madu ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan air

1 cawan gula

1 plastik bihun

1 tutup pewarna

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan air dan gula dalam kuali dan kacau sampai air gula menggelegak.
  2. Masukkan pula pewarna pilihan. Kacau sekejap dan agak-agak warna dah sebati, masukkan bihun dan kacau lagi sampai warna dan bihun bersalut rata.
  3. Kemudian, jika sudah bersalut elok, boleh angkat dan letakkan dalam dulang atau apa-apa bekas.
  4. Panaskan minyak dalam 1kg, apabila minyak sudah panas, ambil sedikit bihun dan goreng sekejap serta masukkan dalam apa-apa acuan yang ada.
  5. Nak guna gelas plastik sebagai acuan pun boleh. Pastikan sewaktu menekap mesti cepat-cepat sebab ia tidak akan melekat kalau sudah sejuk.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Zaida(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x