fbpx

Jom Buat Bubur Untuk Si Kecil. Senang Je, 10 Minit Dah Siap.

iCookAsia

Selalunya hanya mak-mak faham bagaimana sukarnya untuk sediakan makanan untuk si kecil kan. Ada banyak cara boleh dilakukan antaranya kisar beras terlebih dahulu, namun cara yang dikongsikan Kamsiah Mat Osman ini cukup mudah untuk dipraktikkan.

Caranya hanya bekukan beras yang direndam dan masak bersama bahan-bahan yang lain. 10 minit je dah siap. Anak happy, mummy pun bahagia.

Cara :
1.Basuh beras bersih-bersih dan masukkan ke dalam bekas dan isikan air.

2.Simpan beras tadi di bahagia beku semalaman. Asingkan ayam terlebih dahulu supaya mudah untuk dimasak nanti. Tujuan beras dibekukan supaya mudah hancur dan cepat untuk dimasak.

3.Rebuskan sayuran dan apabila air mula mendidih, masukkan beras yang telah dibekukan tadi bersama ayam. Tidak perlu letakkan garam untuk si kecil berusia kurang daripada enam bulan.
4.Apabila semua bahan telah disatukan, masak sehingga 10 minit dengan api sederhana kecil.

5.Selepas siap dimasak, kisar dan asingkan di dalam bekas supaya mudah untuk dihidangkan.
6.Apabila tiba waktu makan di kecil, keluarkan satu bekas dan rendam dengan air panas.

7.Satu bekas beras boleh dapat lima bekas hidangan.

Kredit resipi & foto : Kamsiah Mat Osman

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x