fbpx

Jom Buat Burger Ayam Dengan Cendawan Tumis, Memang Terasa Syiok Nya!

Sekali gigit mesti terasa keenakan gabungan Burger Sautéed Mushroom bersama AJI-SHIO® Lada Berperisa dan Lada Hitam Berperisa ini.
Satu biji sahaja mesti tidak cukup untuk rasa yang unik dan sedap. Rasai keenakan burger yang “rare” dan “juicy” diselitkan bersama aroma berlada dan adanya penambahan cendawan yang mempunyai rasa “slightly meaty” dengan sedikit masin di dalam burger tersebut, memang cair dalam mulut apabila dimakan!
Tidak juga kurang hebatnya dengan sajian burger yang ala western food dan nikmati ia seperti di cafe!
Syurga bagi penggemar burger yang suka kan kelainan dengan menggunakan AJI-SHIO®.
Kelainan yang sangat menarik dengan penambahan Sautéed Mushroom untuk menu burger ini. Mudah untuk disediakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi. Memang wajib cuba!
Resepi:
Bahan A:
Minyak secukupnya
4 keping daging burger (Ayam atau Daging)
AJI-SHIO® Flavoured Pepper (24 kali tabur)
40 g marjerin
4 burger bun (Potong dua dan sapukan dengan marjerin)
Mayonis secukupnya
4 keping salad
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper (8 kali tabur)
Bahan B (Cendawan Tumis):
2 sudu kecil marjerin
1 biji bawang holland
4 ulas bawang putih
200 g cendawan Butang dalam tin (Dihiris)
1 sudu kecil AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper
Cara membuat (Untuk Cendawan Tumis):
1. Mula-mula, cairkan marjerin dalam kuali, masukkan bawang kuning dan bawang putih, kemudian tumis hingga keperangan.
2. Masukkan cendawan butang, gaul rata kemudian perasakan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®. Tumis sehingga cendawan masak.
3. Bahagikan kepada 4 bahagian untuk 4 set burger.
Cara membuat (Burger):
1. Panaskan minyak masak. Bakar daging burger dengan api sederhana hingga masak. Goncang
Lada Berperisa AJI-SHIO® 3 kali pada kedua-dua belah daging semasa memasak. Ketepikan.
2. Bakar roti hingga perang sedikit keemasan kedua-dua belah.
3. Pada bun bawah, paipkan pada mayonis, letakkan salad, daging burger, cendawan tumis, kemudian paipkan mayonis dan atas dengan 2 taburan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®. Kemudian letakkan roti atas dan ulangi untuk semua burger.
Tips:
1. Simpan cendawan tumis dalam bekas kedap udara cetek dan simpan di dalam peti sejuk. Ia akan bertahan selama 3 hingga 5 hari di dalam peti sejuk.
 
#AjiShio #ShioSedap #ResipiBurger #AjiShioBurger #AjiShioBurgerPastiShiok
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x