Mesti ramai yang dah cuba buat Buttermilk Chicken kan? Tapi anda pernah tak buat ayam buttermilk versi KFC? Lagi sedap kalau guna ayam spicy. Bertambah berselera makan nanti. Jom cuba buat.
Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.
Bahan- bahan:
2 sudu besar butter
3 Ulas Bawang putih
3 biji cili padi
1 tin susu cair
2 tangkai Daun kari
Garam secukupnya
2 pcs Cheese
Ayam goreng KFC
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan butter. Kemudian, tumis bawang putih dan cili padi.
- Tuangkan susu cair ke dalam kuali dan masukkan daun kari.
- Kemudian, masukkan garam secukupnya. Boleh masukkan serbuk lada hitam sebagai penambah perisa.
- Untuk buttermilk lagi berlemak, tambahkan cheese 2 keping.
- Akhir sekali, Ayam Goreng KFC. Gaul rata dan tunggu hingga kuah buttermilk sedikit pekat.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity