fbpx

Jom Buat Cucur Udang, Ranggup DI Luar Tapi Lembut Di Dalam. Nikmat Ni Dapat Makan

iCookAsia

Kalau dapat makan Cucur Udang untuk petang pun best juga ni. Dengan kerangupan di luar tapi lembut di dalam, memang sedap. Dimakan pula dengan sos, perfect combination orang kata. Sekejap je dah habis,

Jom kita try.

Terima kasih untuk Mazitah Ahmad Nur Solehah perkongsian resipi Cucur Udang ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1/2 kg tepung gandum (tak kisah cap apa)

Serbuk kunyit sedikit ( jika perlu )

Secubit garam

2 sudu besar gula

1 biji telur

Sedikit serbuk soda bikarbonat

Bahan B:

Daun kucai

Taugeh

Udang (cuci bersih tanpa buang kulit, kepala dan ekor)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campur semua bahan-bahan A dan gaul-gaul rata.
  2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul-gaul sampai sebati sehingga hilang ketulan-ketulan tepung.
  3. Setelah sebati semua, baru masukkan daun kucai, taugeh dan udang. Gaul rata. Ketepikan dan rehatkan doh sebentar dengan anggaran masa setengah jam.
  4. Setelah cukup tempoh perapan boleh digoreng seperti cucur-cucur yang biasa dibuat.
  5. Lebihkan dan panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian baru tuangkan adunan dengan menggunakan tangan.
  6. Toskan setelah masak.

Bahan C (Kuah Kacang):

1/2 kg kacang tanah

Cara membuat:

  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak atau disangai.
  2. Buangkan kulit dan kemudian kisar kering sehingga hancur.

Bahan D (Kuah Kacang):

15 biji cabai kering (Potong dan rendamkan dengan air sehingga kembang)

1 labu bawang besar

2 ulas bawang putih

1 batang serai

Cara membuat:

  1. Kisar semua bahan-bahan D kemudian masukkan minyak ke dalam periuk untuk menumis.
  2. Setelah itu, masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi.
  3. Masak sehingga pecah minyak dan masukkan air serta kacang tanah yang dikisar. Anggaran air mengikut kepekatan citarasa kuah masing-masing.
  4. Seterusnya, masukkan gula, garam secukup rasa dan bahan perasa jika perlu.
  5. Masak sehingga pecah minyak dan betul-betul masak.
  6. Tutup api dan boleh dihidangkan dengan cucur tadi.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Mazitah Ahmad Nur Solehah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x