Kadang-kadang mesti terfikir nak masak apa untuk tengahari atau malam kan? Apa kata cuba masak Kari Ikan Tenggiri ni. Sedap tau. Memang tak cukup makan nasi satu pinggan je, bertambah-tambah makan lepas ni.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Dani J Tang perkongsian resipi Kari Ikan Tenggiri ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
2 keping ikan tenggiri (Cuci bersih, tos dan ketepikan)
Bahan B:
2 biji bawang merah besar
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
(Hiris halus)
Bahan C:
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
4 biji pelaga
1 sudu besar halba campur
2 tangkai daun kari
(Masuk dalam penapis, cuci bersih, tos dan ketepikan)
Bahan D:
1 sudu besar cili boh
2 paket serbuk kari ikan
(Bancuh dengan sedikit air hingga menjadi pes. Supaya nanti senang masuk dalam kuali dan tidak cepat hangus)
Bahan E:
Sedikit air asam
Buah tomato
Bendi
Terung
Lada besar
Air panas atau air yang sudah dimasak
Cara membuat:
- Mula-mula, panaskan minyak, sederhanakan api, tumis rempah kasar (bahan C) sampai pelaga tersebut bunyi meletup-letup. Masukkan bahan hirisan, tumis sampai naik bau.
- Kemudian, masukkan cili boh, kacau sampai garing. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dijadikan pes tadi.
- Masukkan sedikit air. Kacau sampai 3 kali garing. Tambah air, garing, kemudian tambah air sampai cukup kiraan.
- Seterusnya, masukkan ikan, biarkan mendidih sekejap. Tambah air sehingga paras yang diingini serta air asam jawa, garam dan gula. Jangan lupa rasa.
- Akhir sekali, masukkan sayuran, biar mendidih sekejap. Boleh tutup api.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Dani J Tang(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity