Mesti ramai suka makan dessert kan? Boleh cuba buat Kek Pandan yang gebu dan lembut ini. Memang puas hati dapat makan, lagi best bila dapat buat sendiri sahaja. Nak tambah topping apa pun boleh, mengikut kesukaan masing-masing.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Sally Aqua atas perkongsian resipi Kek Pandan ini 🙂
Bahan-bahan:
3 biji telur
1 cawan gula kastor
Sedikit esen vanilla
1 cawan planta
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Sedikit pewarna hijau dan perasa pandan
Cara membuat:
- Mula-mula, kisarkan telur, gula kastor dan sedikit esen vanilla. Kisar sampai halus dan kembang.
- Kemudian, masukkan 1 cawan planta dan blend kan lagi sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan dalam bekas dan masukkan 1 cawan tepung gandum dan setengah cawan tepung gandum lagi. Boleh guna tepung Blue Key, gebu kejadiannya serta 1 sudu kecil baking powder. Kacau sebati.
- Masukkan pula sedikit pewarna hijau dan pewarna pandan.
- Akhir sekali, bakar pada suhu 140 selama 40 minit. Boleh guna air fryer, oven atau pengukus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Sally Aqua(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity