Mesti ramai suka makan Kerabu Mangga kan? Admin pun suka juga. Kalau dapat makan hidangan ini dengan nasi yang masih panas, memang nikmat rasanya. Nak ratah macam itu sahaja pun boleh. Pun sedap dan padu juga rasanya.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Ana Mariana Ismail perkongsian resipi Kerabu Mangga ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Hiris Nipis):
1 biji mangga muda (sagat atau hiris nipis)
1 batang serai
Bunga kantan
1 biji bawang besar
5 biji cili padi (ikut nak pedas tahap mana)
Bahan B:
Ikan bilis goreng (tumbuk kasar)
Kacang tanah goreng (tumbuk kasar)
Garam+gula
Sos ikan
Air perahan limau atau oreo sunquick (kalau mangga sudah masam, tak perlu letak)
Cara membuat:
- Mula-mula, hiris nipis semua bahan A.
- Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar.
- Perasakan garam dan gula, sos ikan dan air perahan limau.
- Akhir sekali, gaulkan sampai sekata dan secukup rasa. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ana Mariana Ismail(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity