fbpx

Jom Buat Kuih Cara Manis, Mudah Sangat Dan Memang Sedap Rasanya

iCookAsia

Mesti ramai pernah makan kan Kuih Cara Manis kan? Kalau di bazar Ramadan, mesti banyak akan dijumpai. Mana tidaknya, dengan rasa nya yang lembut dan manis sewaktu digigit tu, memang sangat nikmat dapat makan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Haslinda Husin perkongsian resipi Kuih Cara Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

1 cawan santan pekat atau guna  kara pun boleh

1 cawan air

1 cawan air pandan (3 helai daun pandan dikisar dengan secawan air)

Sedikit pewarna hijau

Sedikit garam

Gula (sebagai inti)

Minyak masak (sapu pada acuan)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, campur tepung gandum, telur, air pandan, air, santan dan garam. Kacau hingga sebati. Kemudian tapiskan.
  2. Seterusnya, panaskan acuan.
  3. Sapu minyak pada acuan kemudian tuang adunan tadi.
  4. Letak gula di tengah kemudian tutup dengan penutup dalam 5 hingga 7 minit.
  5. Akhir sekali, apabila sudah masak boleh keluarkan kuih cara tersebut.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Haslinda Husin(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x