Siapa pernah makan Lemon Chicken? Sedap kan? Kalau makan di kedai, harganya boleh cecah sangat mahal tapi kalau anda buat sendiri, dapat makan banyak. bahan yang digunakan pun senang untuk didapati.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Mohamad Firdaus perkongsian resipi Lemon Chicken ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A:
500 g dada ayam (dipotong dadu)
Bawang putih (Ditumbuk)
Lada sulah
Tepung jagung
Cara membuat:
- Mula-mula, perapkan ayam bersama bawang putih yang ditumbuk dan tambahkan lada sulah.
- Kemudian, celup dengan tepung jagung. Gorengkan.
Bahan B (Untuk Sos):
1 biji lemon (Dihiris-biji buang sebab nanti kuah akan pahit)
1 cawan air
1 kiub pati ayam
5 sudu besar gula
Sedikit pewarna kuning atau kunyit
Cara membuat:
- Mula-mula, campurkan kesemua bahan dalam kuali. Nyalakan api dapur.
- Apabila sudah sebati, masukkan tepung jagung untuk pekatkan sos.
- Kemudian, siramkan atas ayam yang telah digoreng tadi. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Mohamad Firdaus(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity