Kalau ada Air Mix Fruit Cocktail waktu berbuka mesti sedap kan? Nak buat untuk open house pun sesuai juga. Dah dua tahu tidak beraya, sangat sesuai sajikan menu ini pada hari raya nanti. Mudah sahaja tau dan rasa nya sangat sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Bella Anies perkongsian resipi Air Mix Fruit Cocktail ini 🙂
Bahan-bahan:
2 paket Jelly sumi
2 tin susu cair ideal
4 sudu besar susu pekat
1 tin buah peach (Boleh guna brand Hosen, sliced)
1 tin fruit cocktail (Nak guna brand Hosen pun boleh)
1 tin longan
1 bekas nata de coco
2 biji kuning telur
4 sudu besar tepung kastard
4 sudu esen vanilla
4 sudu besar gula pasir
Boleh tambah 2 cawan air kalau tidak suka terlalu manis
Cara membuat:
- Mula-mula, asingkan buah-buahan dan masuk terus dalam bekas hidang.
- Kemudian, satukan bahan-bahan cair iaitu air dari tin peach, longan, mic fruit, nata de coco dan susu cair dalam periuk.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
- Kacau kan custard tersebut terlebih dahulu dengan air hingga sebati. Baru campurkan dalam periuk. Kalau tidak, nanti akan berketul-ketul dan burn kejadiannya. Proses ini adalah untuk bagi kuah pekat sikit.
- Apabila sudah satukan semua bahan, nyalakan api perlahan sahaja dan masak kuah sampai sebati, tidak perlu panas sangat.
- Akhir sekali, jika sudah sejuk, campurkan dalam mangkuk dan hidangkan yang sudah siap dengan isi buah-buahan tadi.
Kalau nak lagi sedap, boleh masukkan ais setiap kali nak minum.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Bella Anies(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity