fbpx

Jom Buat Oden Ala Family Mart, Sangat Berbaloi Dengan Rasa Yang Sedap

iCookAsia

Sedap kan kalau dapat makan Oden Ala Family Mart? Buat sendiri pun boleh tau. Sangat berbaloi dan boleh dapat makan banyak. Bukan itu sahaja, rasanya pun sedap kalau nak hirup kuah Oden macam itu sahaja.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Azmiza Osman perkongsian resipi Oden ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 paket Perencah Tomyam Kung Adabi

1 paket Perencah Tomyam Biasa Adabi

2 paket Perencah Asam Pedas Adabi (nak bagi kuah pekat sikit)

1 pcs Kiub pati ayam

Bahan B (Oden):

Sosej

Steamboat fish bean curd ( puchok)

Udang (optional)

Sayur brokoli dan cendawan enoki

Garam (optional)

Limau nipis (optional)

Cara membuat:

  1. Pertama sekali, didihkan air dalam periuk.
  2. Masukkan kedua-dua perencah tomyam, asam pedas dan kiub pati ayam tomyam ke dalam air mendidih.
  3. Kemudian, boleh perasakan dengan garam dan perah limau nipis jika tidak cukup rasa.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan steamboat yang telah dicucuk, udang dan sayur ke dalam kuah sehingga masak dan sedia untuk dimakan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azmiza Osman(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x