fbpx

Jom Buat Resepi Ayam Sira Pedas, Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Penggemar lauk ayam mesti cuba hidangan kali ini iaitu resepi Ayam Sira Pedas. Rasanya sangat sedap dan cara nak buat pun mudah sahaja. Sekali masak kena dalam kuantiti yang banyak, baru puas nak makan.

Terima kasih untuk Fuza Abas atas perkongsian resipi Ayam Sira Pedas ini 🙂

Bahan- bahan:

Bahan A:

1 ekor ayam (Digaram dan dikunyitkan serta bedakkan guna tepung jagung dan terus gorengkan)

Bahan B (Untuk Sos):

1 labu bawang putih (Diketuk)

7 tangkai daun kari

2 senduk cili kisar

Garam dan madu atau gula secukupnya

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumiskan bawang ptuih dan daun kari dengan menggunakan lebihan minyak gorengan ayam tadi.
  2. Kemudian, masukkan cili kisar.
  3. Jika cili sudah masak, masukkan garam dan gula secukupnya.
  4.  Masukkan sedikit air.
  5. Akhir sekali, jika kuah sudah agak pekat, boleh terus masukkan ayam goreng. Gaul cepat-cepat supaya ia mesra. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Fuza Abas(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x